

|
The boss ♥
![]() Tagboard ♥
![]()
| untuk menjadi kuat .....
Saturday, October 11, 2014 | 9:28 AM | 0 comments
Assalamualaikum .Ya Allah , lamanya tak mengarang ayat pepanjang dekat blog ni . Al maklomlah , tuannya sibuk dengan dunia yang sementara ni . Walhal amalan untuk akhirat masih berterabur . Dan dalam kita sibuk kecapi impian kita yang sementara , tapi jika diberkati *alhamdulillah* macam macam dugaan dan perasaan bercampur baur singgah dekat dalam hati kita yang dah tak beberapa bersih ni sebab banyaknya zina hati . ASSIGNMENT Biasalah bila ada asignment kebanyakkannya tugasan dalam berkumpulan . Dan biasnya perasaan jahat aku sentiasa tak puas hati dengan orang . Aku cube nak pastikan segala kerja aku disiap sempurna dan diawal waktu , bukan last minute production . Tapi budaya sini last minute adalah satu kebiasaan sampai tak tidur . Jadi ,aku tak kuat untuk sabar dengan perangai mereka mereka ni . Tapi kalau dah sikap mereka macam tu , aku perlu sabar . Dan mungkin mereka mereka jugak tengah sabar dengan perangai aku yang nak cepat . Maka , Ya Allah hambamu perlukan kekuatan untuk sabar kerana sabar itu indah disisimu :) TIPU Masa dekat maktab dulu , aku pernah bergaduh dengan orang A ni . Namun , aku dah lupakan segalanya sebab life must go on beb ! Hee . Tapi ,bila hari aku jadi 18 . Orang A tu muncul kembali . Aku tak layan . Tapi hari yang lain ,orang A muncul dengan perasaan bersalah dan nak jadi kawan macam biasa . Kami cuba nak setelkan masalah . Tapi , aku tak kuat untuk menerima balik persahabatan ini sebab aku dah terluka . Mohon paham :( Mungkin masalah aku kecil je . Tapi dalan situasi macam macam ni , hati aku sentiasa memaki orang , tak puas hati dengan orang , tak maafkan orang . Sebab aku tak kuat . Aku tak kuat untuk lawan supaya jadi benda positif. Mungkin ini ujian Yang Esa . Asal aku emosi semacam je ? Haha . Mungkin iman aku belum cukup teguh untuk hadapinya . Sayang sayang sayang sekalian , untuk menjadi kuat sebenarnya kita kene yakin yang Allah tu sentiasa melindungi kita . Jadi bila kita dalam kesusahan pasti ada kemudahannya . Jangan ingat kita bersendirian . Terima kasih kerana membaca :) Assalamualaikum . |