♥ Nurisnaeni's
The boss ♥
I am Nurisnaeni Ishak ♥ 18 Years Young .
Hello fellas . Do nice here

Tagboard ♥

Credits
Template : Dinie Hanani
Image : Photobucket
Best view : Google Chrome

Lelaki Kacak Suka Membaca
Monday, December 5, 2011 | 11:17 PM | 0 comments
Salam.

Hot tak tajuk kat atas ?

Tak aku just terbaca pengalaman seseorang je. Nama die Azzam Supardi . Jom baca (:

Teringat saya akan pengalaman di British Council of Cairo. Seeorang anak murid saya berbangsa Perancis yang bernama Gilles mahir bertutur dalam Bahasa Melayu , tetapi langsung tidak pandai menulis dalam Bahasa Melayu. Katanya, dia belajar bertutur melalui rakan Melayu semasa belajar di Swansea tetapi tidak pula belajar menulis. Suatu masa, ketika di perpustakaan British Council, saya berbisik bertanyakan (dalam bahasa Melayu ) di mana hendak mendapatkan buku sejarah Asia. Gilles menjawab dengan menulis di atas sekeping kertas. Jawapannya ditulis begini : " The bill lark king pin two must souk. " Pada mulanya saya keliru dengan jawapan bertulis itu. Saya cuba membaca dengan pantas dan dapat menyelesaikannya dengan maksud : " Di belakang pintu masuk. " Agak lucu dan seronok pula membaca begitu. Saya bertanya lagi : "Di mana pula jalan keluar ke kelas peralihanyang paling dekat ? " Gilles menulis pantas dengan jawapan : "Two round tougue gear the pan pin two,low past too jar land carry, tour rose, numb park same punk low rung, must souk car nun. the pan dear add the pin two bazzar, the see two car less pour rare leer hunt. " Gilles mengajukan kertas jawapannya di hadapan saya. Belum pun membacanya, saya terlebih dahulu tersenyum apatah lagi apabila membacanya dengan laju. Kertas kertas jawapan Gilles itu masih tersimpan dalam simpanan barang bernilaisebagai kenangan saya. Selepas enam bulan saya mengajar Gilles bhasa Melayu (penulisan ) , Gilles dapat menguasainya dengan mudah dan menjadi salah seorang pelajat terbaik saya. Ini kerana Gilles seorang yang amat rajin membaca dan juga seorang yang KACAK !


Selain itu,ketika saya hendak menjamu selera di gerai mamak saya sengaja hendak mengasah bakat mamak, saya meminta : " Grinded-panbread satu. " " Roti canai satu aaa.. okey ! " Mamak jawab begitu menandakan dia "baca punya olang " dan dia KACAK.

Ada juga, ketika saya terkandas dengan kesesatan lalu lintas saya menoleh kiri dan kanan kereta dan melihat kebanyakann pemandu sempat membaca.

Simbolik daripada kisah :

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sesiapa ditanya tentang ilmu yang dia ketahui. kemudian dia menyembunyikannya , dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat. " ( Riawat Abu Daud )

 
'Ala kulli hal : Usah kedekut menyampaikan ilmu kepada orang lain.
 

Old things | New things