

|
The boss ♥
![]() Tagboard ♥
![]()
| Dahulu Pahit , Kini Terasa Manis
Monday, December 5, 2011 | 9:12 AM | 0 comments
Assalamualaikum .Tak tetiba rasa nak berdakwah la pulak. Cuba baca dan hayati (: "Kehidupan yang dijadikan Allah tidak terlepas daripada ujian . Bagi mereka yang mengerti ujian hidup adalah sebagai medan mujahadah bagi mencapai martabat Mukmin yang disayangi lagi diredai Allah s.w.t. Mereka yakin Allah tidak akan sekali kali membiarkan hamba-Nya bersendirian tanpa bantuan bagi menyelesaikan segala situasi kehidupan yang terasa menyakitkan" "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" Inilah ubat paling mujarab merawat hati yang sedang berkecamuk tatkala menghadapi musibah yang pahit. Janji Allah itu pasti , bagi menggantikan kesulitan dengan kesenangan asalkan sahaja kita berusaha menghadapiya. Mungkin timbul dari hati perasaan buruk sangka dengan segala aturan Allah. Tambah lagi, hikmah yang dicari tidak kunjung menjengah . Ketahuilah bahawa Allah yang memiliki sifat penyayang tidak pernah bertinak kejam dan zalim pada manusia. Ingatkah kita pada gula-gula masam manis ( sweet sour ) ? Permulaan rasanya masam,tetapi setelah lama dikulum di mulut, rasa masamnya mula hilang , berganti dengan rasa manis yang menyenangkan. wajah mereka yang merasai mulanya berkerut, lama-lama mulai 'surut' . Bahkan ada juga yang mengambilnya bagi menghilangkan rasa ngantuk. Jelas ia bukan sekadar gula-gula bahkan ada kiasan untuk manusia. Permulaan yang menyakitkan tidak akan pernah berakhir dengan kesakitan. Kehendak manusia mencari yang mudah itu terlalu mendesak. Kita susah merelakan kesusaha itu datang dahulu untuk mengajar mengenai kehidupan bertuhan. Kita terlalu ingin segera merasai manisnya gula-gula sebelum tiba masa hilangnya rasa masam. Bersabarlah duhai hati,kerana bersabar itu terlalu indah diakhirnya. Jesteru,ketahuilah . Sampai masa,kehidupan yang manis itu pasti tiba. Walaupun bukan di dunia,di akhirat sana pasti ada. Itulah tempat yang paling adil pengadilannya. Saat itu,pahit yang dirasai di dunia,diganti dengan yang manis yang tidak akan habisnya. Tatkala itu,bergembiralah bagi mereka yang memilih bersusah susah dahulu,bersenang senang kemudian berbekalkan iman yang meraja. Firman Allah yang bermaksud: "Sedangkan malikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka daripada tiap tiap pintu(sambil mengucapkan): 'Keselamatan atas kamu berkat kesabaran kamu. Maka amat baik balasan amal kamu di dunia dahulu' . " * Surah al_Ra'd 13: 23-24 Wahai sahabat : " Bersabarlah dengan dugaan dan cobaan sama ada ketika ini dan bakal korang tempuhi "
|