

|
The boss ♥
![]() Tagboard ♥
![]()
| konflik
Sunday, February 15, 2015 | 8:25 PM | 0 comments
AssalamualaikumNiat nak menaip membuak buak . Rasa banyak benda nak kongsi . Orang cakap kalau melepaskan perasaan dekat laman sosial tak matang . Tak berfikiran panjang . Tapi aku tetap nak bercerita . Rumah asrama yayasan melaka Kami duduk 10 orang . Satu kelas . banyaklah kebaikannya . Mungkin ada je kemudaratan akan berlaku . Tapi, aku yakin housemate aku semua matang dalam selesaikan masalah . Mungkin sepanjang sebulan ni . dah macam macam pun berlaku dari konflik peralatan rumah dan memasak kepada dua kumpulan tetamu tak diundang yang datang menyerang kami . Haha . Tapi bila berlaku macam tu aku jadi makin kenal perangai masing2 dan cuba untuk menerima . DBF 3C Sebenarnya aku dah biasa 13 orang . Tapi sebab 3 orang jadi MPP . aku terpisah . Mula mula jadi aku sokong je kerja dyorang . Aku hormat dyorang . Tapi aku rasa makin lama aku dengan 3 orang tu makin jauh . Bila ajak makan sama sama tengah hari macam macam kerja kena buat . Bila nak bahagi group asignment dyorg nak sesama dyorang je . Sebab senang . serius sedih . Iyelahh sorang tu aku agak rapat . Tapi makin jauh Dan kami geng 10 orang pulak rasa makin dekat . Aku paling suka gila bila kami solat jemaah dekat kolej . Dan waktu tu rasa macam surau tu kami punya . Sedihnya 3 orang tu masih sibuk dengan kebajikan pelajar2 . Tapi kebajikan rakan sendiri lupa . Sibuk kan ? Sampai satu tahap , program MPP anjurkan aku tak boleh join . Sebab ? Kebajikan pelajar lain diutamakan . kawan kawan mesti WAJIB memahami MPP . Serius terkilan . 😔😔 Aku cuma doakan korang berjaya . korang memang pandai . Tak dinafikan . jadi korang teruskan pentingkan diri sendiri . Korang teruskan mengharapkan aku memahami korang . korang tak perlu pun paham aku . Teruskan . 😳😳😭😭😭 Sebab aku dah bahagia . Haha kesimpulannya aku rasa kehilangan . Aku rasa sedih . Tapi sebab korang sibuk . Aku tak boleh buat apa2 . Aku doakan korang berjaya . good luck.. 😂😂 gara gara perasaan macam ni . Serius aku memang nak menganjing je . Padan muka 😈 Memang post ni aku nak cakap pasal tu je . Baru puaS . untuk menjadi kuat .....
Saturday, October 11, 2014 | 9:28 AM | 0 comments
Assalamualaikum .Ya Allah , lamanya tak mengarang ayat pepanjang dekat blog ni . Al maklomlah , tuannya sibuk dengan dunia yang sementara ni . Walhal amalan untuk akhirat masih berterabur . Dan dalam kita sibuk kecapi impian kita yang sementara , tapi jika diberkati *alhamdulillah* macam macam dugaan dan perasaan bercampur baur singgah dekat dalam hati kita yang dah tak beberapa bersih ni sebab banyaknya zina hati . ASSIGNMENT Biasalah bila ada asignment kebanyakkannya tugasan dalam berkumpulan . Dan biasnya perasaan jahat aku sentiasa tak puas hati dengan orang . Aku cube nak pastikan segala kerja aku disiap sempurna dan diawal waktu , bukan last minute production . Tapi budaya sini last minute adalah satu kebiasaan sampai tak tidur . Jadi ,aku tak kuat untuk sabar dengan perangai mereka mereka ni . Tapi kalau dah sikap mereka macam tu , aku perlu sabar . Dan mungkin mereka mereka jugak tengah sabar dengan perangai aku yang nak cepat . Maka , Ya Allah hambamu perlukan kekuatan untuk sabar kerana sabar itu indah disisimu :) TIPU Masa dekat maktab dulu , aku pernah bergaduh dengan orang A ni . Namun , aku dah lupakan segalanya sebab life must go on beb ! Hee . Tapi ,bila hari aku jadi 18 . Orang A tu muncul kembali . Aku tak layan . Tapi hari yang lain ,orang A muncul dengan perasaan bersalah dan nak jadi kawan macam biasa . Kami cuba nak setelkan masalah . Tapi , aku tak kuat untuk menerima balik persahabatan ini sebab aku dah terluka . Mohon paham :( Mungkin masalah aku kecil je . Tapi dalan situasi macam macam ni , hati aku sentiasa memaki orang , tak puas hati dengan orang , tak maafkan orang . Sebab aku tak kuat . Aku tak kuat untuk lawan supaya jadi benda positif. Mungkin ini ujian Yang Esa . Asal aku emosi semacam je ? Haha . Mungkin iman aku belum cukup teguh untuk hadapinya . Sayang sayang sayang sekalian , untuk menjadi kuat sebenarnya kita kene yakin yang Allah tu sentiasa melindungi kita . Jadi bila kita dalam kesusahan pasti ada kemudahannya . Jangan ingat kita bersendirian . Terima kasih kerana membaca :) Assalamualaikum . Tempat Baru
Wednesday, June 18, 2014 | 12:38 AM | 0 comments
Assalamualaikum .Baru nak update la . Bajet macam perdana menteri yang sibuk berkempen je kan ? HAHA . Result SPM , tak membanggakan pun cuma sekadar puas hati ni tengok result tu . Lagipun aku dah nak sem 2 dah dekat Kolej Profesional Mara tu . UPU , pun tak mohon . Memang aku dekat Melaka Bandaraya Bersejarah tu tiga tahun la nampaknya . Hehe . Persahabatan . Mungkin aku seorang yang suka bercakap tanpa berfikir . Nah , akibatnya secara tak langsung aku dah buat kawan baru aku touching lalu tak bertegur sapa . Memang salah aku pun . Tapi , aku tak pernah jumpa orang macam ni . Selama ni , kengkawan aku semua terima je lawak aku . Sebab kadang kadang kata kata aku tak melambangkan apa yang aku maksudkan . Baca je la blog ni . Tulis pun dah berterabur , nak cakap dengan kawan lagilah . Maybe , waktu perpisahan kau tu aku belum bersedia nak berbaik lagi . Ego . The end . Kenangan Bila aku sensorang . Mula la nak ingat zaman tingkatan 3 , 4 dan 5 . Paling rindu konfem la form 5 . Macam macam jadi dekat aku . Dan yang pasti benda tu menyeronokkan . Sedih tu kurang sikit la . Hehe . Mimi dan Atiq . Safwan dan Bawang . Mereka dah berjaya buat aku seronok walaupun dieorang ni suka sakat orang . Farhana dan Azlin . Mereka berjaya buat aku motivasikan diri yang serba serabut ni . Kawan Baru . Intan . Bella . Azren . Aliya . Kaiyum . Umira . Jiha . Aulia . Huda . Rahmah . Azimah . Rifdi . Safar . Alif .Zack . Nawar . Yana . Akma . Ayu dengan Zul budak maktab . Tak baru pun . Nak nak lagi Ayu dengan Zul , walaupun mereka huru hara . Takpelah , kawan kan . HAHA. Bile mereka disatukan jadilah THE MORION . Macam homeroom dekat maktab dulu . Tapi kat sini dipanggil group MENTOR . Kalau under MARA , memang life macam ni lah . Jadinya REDHA jela . Kesimpulannya , good luck untuk orang orang yang sambung belajar . Orang yang tengah belajar pun teruskan perjuangan gak . Imgat , menimba ilmu pun satu perjuangan yang bagi kita seribu satu kebaikan . HAHA . GTG . Assalamualaikum , jaga diri sayang sayang sayang sekalian . Tahun Baru la weiii :P
Sunday, January 5, 2014 | 9:56 PM | 0 comments
Assalamualaikum :D
![]()
Dah 6 Januari 2014 . Tapi , baru nak cerita pasal tahun baru . Takpe kan ? Okey , aku sambut tahun baru dengan gembira dengan azam yag baru .HAHA . Kalau tahun dulu , aku sambut dengan telefon Mimi . Tahun ni aku sambut dengan telefon orang tu pulak .
And , Finally . Orang tu dah tunaikan janji dia . Thanks yawww ! Saya sangat menghargainya . HAHA . Untuk orang itu , saya tahu awak keliru dengan saya . Takpe , semuanya cun saja . Okey , pengaruh Sleeq jap. Hehe .
Apepun . Aku sangat berpuas hati dengan tahun 2013 . Bukan maknanya aku puas hati dengan result SPM aku tau . Aku rasa better la dari waktu Form 4 dulu . Heee.
Untuk tahun DuaRibuEmpatBelas ni , aku cuba untuk jadi lebih baik dan aku nak kehidupan aku gembira tanpa ada makhluk makhluk yang boleh musnahkan hidup aku ni . HAHA . Semoga hidup aku sentiasa ceria dengan orang orang yang disayangi .
![]()
For my friends : THANK YOU for the sweet momment :)
Akhir entry ini :
Assalamualaikum dari guwa XD
Alhamdulillah :D
Friday, December 27, 2013 | 1:19 AM | 0 comments
Assalamualaikum <3
Alhamdulilah . Doa aku dimakbulkan . Allah dengar . Terima kasih dan Alhamdulillah .
Memang aku nak sangat sambung belajar dekat Kolej Profesional Mara dengan kos Islamic Banking . Dan aku dapat . Maksudnya , aku akan sambung belajar bulan satu ni . Maknanya , aku takdelah buang masa sangat kan . Hahaha . Aku taktahu nak cakap apa , yang aku tahu terima kasih sebab dengar doa aku . Aku tahu kau dah buat yang terbaik untuk aku . InsyaAllah , aku akan berusaha buat yang terbaik jugak . Ammin .
Semoga para pembaca juga gembira dengan benda yang telah dirancang oleh-Nya .
Konklusinya :
![]() The Power ~
Wednesday, December 25, 2013 | 9:34 PM | 0 comments
Assalamualaikum .Oleh kerana tak tahu nak buat aktiviti ape ape . So , jari jari ni lincah melompat lompat macam kanak kanak riang pergi ke google images . Than , waktu tu terjumpalahhh gambar yang 'Subhanaallah' begitu indah ciptaanNya . Ayat macam tak betulkan ? Abaikan . Jom terjah :D
Tu hanyalah sebahagian je dari kurniaan Allah yang cantik dan indah :)
By the way , bila aku ada terbaca one of the blogger entry , aku tergamam . Bukan ape , post tu menyebabkan aku berfikir sejenak . Buat baik berpada pada . Semalam , aku dah kena tipu dengan seseorang gara gara aku baik dengan dia . Aku tak tahu nk buat respon ape . Sabar je lahhh . Setiap yang berlaku aa hikmahnya . Biarkan orang tu dengan sikap penipu dia tu , semoga dia dapat Hidayah . Harap harap lahh .
![]()
InsyaAllah :)
In a nutshell
Iman ?
Monday, December 23, 2013 | 1:12 AM | 0 comments
Assalamualaikum.
Kadang kadang semua orang akan mengalami situasi yang sama . Keliru . Tak tahu yang mana terbaik untuk kita . Jadi kita serahkan semua dekat Allah . Dan cube sehabis baik . Dan sekarang , aku pun berada di disituasi yang sama . Insyaallah , I will try my best . Mungkin , Allah saja nak test aku sekarang ni . Dengan kekeliruan yang ada , aku jadi takut .
![]() Takut dengan perasaan , takut dengan Yang Mah Esa , takut dengan orang orang yang berkenaan , takut dengan perkara yang akan berlaku kalau kalau aku masih teruskan perasaan yang aku rasa sebernanya takkan ke mana pun . Dan aku takut juga dikecewakan . Sebernanya , aku suka seeorang . Tapiiiiiii . . . . . . . . Tapi , aku kene KUAT . Aku tahu sebernanya aku tak boleh ada perasaan tu. Sebab apa pun yang berlaku . ![]() Terima kasih segalanya kepada Azlin sebab dah dengar statement Nani . Tapi , Nani cube kuatkan diri . Tu jela mampu buat dengan doa bebanyak . Kepada para pembaca , aicehh . Thanksss la dengar Nani mengarut di petang hari . Tapi , guwa dah tahan laaa . HAHA . As a conclusion : ![]() Sekadar ingatan bersama supaya tak terus hanyut . Assalamualaikum XD |